1
...
Malam ini aku tidak mampu melelap mata. Sama seperti malam-malam kebelakangan ini. Entah apa masalah aku sebenarnya. Apakah aku risau dengan penerimaan pembaca pada novel trillerku yang pertama WAJAH SEIRAS CINTA edisi TRIONOVEL MEI 2011? Atau, mungkinkah kerana kerja-kerja penulisan yang banyak? Siap satu job, datang lagi satu job. Rasa hati, memang hendak quit saja dari menulis skrip drama & skrip-skrip lainnya. Sebab, aku teringin sangat memberi tumpuan sepenuhnya pada menyiapkan novel kedua. Tetapi, memandangkan aku perlu fulus. Maklum, aku ini cuma penulis bebas. Yalah, bila tiada projek, habis aku hendak makan apa?
Saat-saat jejari ku merenjuh pepunat huruf di papan kekunci lap topku ini, tiba-tiba, komen penilai pada skrip drama remaja13 episod ku itu menerjang kotak minda. Sudahnya, aku cuma mampu mendengus di pagi-pagi buta ini. Yalah, sudah dasar warga emas jadi penilai bagi skrip drama remaja. Atau, orang yang cuma belajar teori disuruh menilai skrip untuk diterbitkan. Apalah tahunya mengenai penerbitan drama. Contoh, perkataan 'air con' disuruh tukar jadi 'pendingin hawa'. Adakah anak remaja yang mengunakan perkataan 'pendingin hawa' dalam dialog mereka? Aku faham, perjuang Bahasa Melayu akan berjuang sejuang-juangnya. Aku juga belajar komunikasi dua hala sewaktu menuntut bidang ijazah kejururawatan di Perth dahulu. Pengkaji bahasa itu perlu melihat dari aspek holistik manusia itu sendiri. Dan tidak rigid & justified dalam penilaian mereka semata-mata kerana mengikut fahaman teori yang mereka pelajari di universiti. Tanpa melihat & turun sama menyelami arus realiti kehidupan itu sendiri.
Berkerjasama dengan media kerajaan membuatkan aku kian jelas akan tanggungjawab penulis dalam menyampaikan aspirasi kerajaan dalam setiap skrip-skrip mereka. Tetapi, dapatkah aspirasi kerajaan itu tercapaikan pada rakyat jelata bilamana pengisian rancangan dalam media kerajaan itu sendiri tidak menarik minat penonton di kalangan rakyat jelata itu sendiri? Lantas, aspirasi kerajaan entah ke mana, dan media kerajaan juga membazir wang dalam menerbitkan rancangan-rancangan yang tidak memenuhi permintaan penonton. Bukankah membazir itu sahabat syaitan? Bukankah syaitan itu makhluk Allah yang terlaknat hingga ke hari kiamat?