Gambar sebelah ni, sewaktu aku & geng sedang mengikuti kursus OT Module ... Bilik bedah lee ... Dalam kursus ni lah, aku telah menyaksikan keajaiban kuasa TUHAN pada tubuh manusia ... Yang bestnya, geng aku ni sekarang semua dah jadi senior officer. Ada yang dah jadi tutor pun. Aku tu yang tengah. Penulis BEBAS aje. Tapi aku sangat bahagia. Semua kita hidup berjangka hayat. Dan aku hanya ingin hidupku BAHAGIA.
Kemudian, aku menamatkan jawatan, lalu melamar pekerjaan sebagai Life Insurance Agent di AIA Co Ltd.
Gambar sebelah tu, sebenarnya malu aku nak letak. Sebab tu blur aje. Ni zaman kuno aku. Budak nurse naive yang baru nak jual insuran. Tapi naive aku pun tika tu, dapat juga attend seminar ni di Bangkok. Ini syarikat insuran bayar tahu. Pasal pencapai aku le tika tu. Bukan senang nak terpilih ni ... Tengok le pakaian aku tu, pasal kuat sangat cari klien, sampai aku tak terbeli baju. Kuno betul!
Semasa dalam kerjaya insuran itu, aku juga terlibat dalam berbagai perniagaan sendiri di bawah jenama syarikat sendiri, antaranya; event management, public seminar, dan motivasi.
Gambar ni, ketika aku mengadakan seminar di bawah jenama syarikat aku. Nervous ni tahu. My first experience. Huh, bukan senang nak jadi macam HM Tuah & Dr Fadilah Kamsah. Orang senang aje nak kritik. Cuba try sendiri, ADA BERANI? Banyak perkara yang telah aku lakukan untuk maju dalam hidup. Hingga aku tak berani kritik kalau aku sendiri belum merasa jatuh bangun dalam perkara tersebut.
Dan semua itu aku lakukan, atas dasar ingin melihat tahaf kemampuan aku dalam perniagaan. Sebagai seorang Life Insurance Agent, aku selalu mengikuti seminar, kongres antarabangsa dan motivasi yang di kendalikan oleh syarikat, samada dalam negeri mahupun luar negeri. Itulah yang membuatkan aku bersemangat untuk mencari tahaf kemampuan diri. Seperti selalu aku didedahkan dengan ayat, SKY IS THE LIMIT!
Gambar sebelah ni, tika aku dah beberapa tahun dalam insuran. Ni di Bangkok, menghadari ASIA PACIFIC LIFE INSURACE CONGRESS (APLIC). Time ni, aku seronok sangat. Sampai aku bergambar dengan beruang ni lah. Banyak sangat kawan, hingga tak tahu nak bawa siapa bergambar dengan aku. Lalu, aku pilihlah bergambar dengan beruang ni. Seronok betul hidup aku ...
Selepas 7 tahun sebagai Life Insurance Agent, aku pun mencuba-cuba untuk menulis skrip bagi sebuah rancangan motivasi belia untuk sebuah media tv kerajaan. Bagaimana aku mendapat gerak hati untuk melibatkan diri dalam penulisan skrip? Mungkin ramai orang tak percaya. Ia bermula dari sebuah MIMPI, selepas aku mengerjakan solat hajat. Dan aku percaya mimpi itu ilham dari TUHAN. Program tersebut pun berhasil. Lalu, aku pun mendapat lagi satu job penulisan bagi program kesihatan TV, memandangkan aku pun bekas jururawat.
Ini cerpen aku yang pertama. Dan percubaan pertama aku ni, terus terbit. Dan seterusnya adalah sejarah. Aku amat berterima kasih terutama pada abang sulung aku kerana beliaulah tukang hantar karya-karya aku ke syarikat penerbitan tempatan waktu tu. Maklum, zaman tu belum ada internet. Jadi, semua pakai hantar sendiri ke pejabat. Sekarang dah jauh berubah. Tapi kalau kita tak maju-maju juga, tak tahulah nak cakap apa!
Meskipun aku telah melalui semua ini dengan kepayahan kerana suatu hal yang tidak dapat aku landaskan di sini, namun, akhirnya aku nekad untuk berhenti dari menjadi agen insuran. Lalu, aku pun mendapat tawaran untuk menjadi PENERBIT di media tv kerajaan. Mula-mula, aku tak nak terima. Bila aku dinasihatkan bahawa untuk menjadi penulis yang baik dan mampu dalam berbagai genre program tv, aku mesti faham kerja-kerja dalam penerbitan. Maka, aku pun menerima jawatan tersebut dengan suatu perasaan yang cemas. Sebab, latar belakang aku bukan bahagian PENERBITAN.
Gambar sebelah tu pula adalah ketika skrip drama 13 episodku TAUTAN DI PEMATANG terpilih untuk produksi ... Entah, ini drama yang ke berapa, aku pun tak mengingat sangat. Malas aku nak mengingat. Cukup aku dibayar, sudah! Nama ... glamour semua ... aku tak harap sangatlah. Glamour tak boleh beli nasi bungkus tahu. Semua pakai duit sekarang ni ... Bila aku meniti kejayaanku dalam drama tv ni, sering kali aku teringat satu HINAAN sebuah rumah produksi suatu waktu dahulu sebelum aku jadi penulis bebas. Syukur, hinaan beliau itu yang telah membuat aku bergerak dengan gear 5 dlm dunia PENULISAN. Dan aku tidak pernah takut KRITIKAN dan KUTUKAN selepas itu.
Namun, setiapkali aku menceburi bidang berlainan dari latar belakang kelulusan aku, aku pasti TERINGAT pesanan pakar motivasi, 'seorang agen insuran yang berjaya akan juga mampu berjaya dalam apa pun bidang yang diceburi. Apa pun di bawah LANGIT sebab SKY IS THE LIMIT!'
Gambar sebelah ni pula, aku juga. Cuma terketar-ketar sikit. Maklum, pasal dapat hadiah PENULIS BAHANA KREATIF kelolaan Dewan bahasa & Pustaka Brunei bersama Syarikat Minyak SHELL Brunei.
Atas prinsip hidup yang aku amalkan bahawa aku tidak akan berlama-lama di satu-satu organisasi kalau aku merasa diriku tidak mampu maju atas sebab-sebab sistem yang menekan atau apapun yang mereka amalkan, lalu aku pun meletak jawatan.
Gambar di sebelah tu sangat nostalgik. Itu ketika aku mengikuti program JICA anjuran kerajaan Jepun bersama-sama pelajar-pelajar dari negara-negara ASEAN dan Jepun. Hehehe ... kamu takkan dapat cari wajahku di mana ... hahaha ...
Dan rezeki menyebelahi aku lagi. Lalu aku pun berkerjasama dengan salah seorang penerbit radio untuk rancangan sejarah Brunei yang berlarutan hingga setahun. Itulah detik-detik di mana aku mula menyedari kemampuan diri sendiri. Aku tahu, program sejarah purba Brunei bukan suatu subjek yang mudah!
Gambar di sebelah ni, di ambil ketika aku berada di SEE HOTEL Restoran di Amsterdam (Holland). Lupa juga aku, jangan-jangan ini di German. Huh ... malas aku nak ingat. Semua tua-tua. Aku aje yang tuuu bertudung tu ... Huh ... bosan betul time ni!
Setelah program itu selesai, aku pun mendapat tawaran untuk berkerja di salah sebuah sekolah antarabangsa. Dan di sana aku tidak bertahan lama. Seperti prinsip hidupku, bilamana aku merasa diriku tertekan dan tidak mampu berkembang atas sistem kerja yang mereka amalkan, aku akan dengan sukarela meletak jawatan. Dan aku memang tidak suka menyalahkan orang lain atas kewujudan sistem mereka. Kalau mereka merasa sistem yang mereka amalkan boleh menyebabkan mereka maju, itu hal mereka.
Gambar sebelah tu ialah makanan yang aku order sewaktu dalam penerbangan AIRASIA, waktu nak pulang ke Brunei dari Karangkraf Shah Alam. Nampak tak novel TRILLER pertama aku tu. Huh, sungguh misteri waktu aku nak siapkan naskah hingga menjadi sebuah NOVEL yang cantik itu. Tak kisahlah! Tapi, makanan sebelah tu, memang aku tak suka makan sebenarnya. Tapi, dalam hidup ni, kadangkala, kita kena makan apa yang kita tak suka kerana makan tu penting. Ia bukan persoalan samada ANDA suka atau tak ...
Dan sebagai manusia yang punya akal, aku juga berhak untuk berpendapat. Kalau kita hendak maju, kita mesti berani berpendapat dan mencabar pendapat orang lain. Jangan takut kalau KITA harus MATI kerana menegakkan pendapat sendiri. Dan ingat, ANDA tidak akan dapat menjadi sesiapapun, melainkan menjadi diri anda sendiri!
Gambar sebelah ni, BIAWAK. Ini bukan zoo tahu. Ini biawak yang datang ke taman rumah aku. Ini salah satu kisah misteri sepanjang aku menyiapkan naskah WAJAH SEIRAS CINTA. Belum lagi cerita ular hitam masuk rumah, jumpa kala jangking besar dekat pintu, ternampak lembaga duduk dalam rumah, dsbnya. Bacalah WAJAH SEIRAS CINTA, supaya anda faham apa yang aku maksudkan.
Dalam kepayahan mengharungi hidup dengan pemikiran yang bercelaru, samada hendak menurut kehendak keluarga dan melamar pekerjaan di sektor kerajaan (di mana itulah pekerjaan yang menjamin kononnya) atau teruskan niat untuk terjun dalam bidang PENULISAN berbagai genre dan bergerak secara bebas. Memandangkan menjadi penulis di negara kecil dan terbatas projeknya ini, bukan mudah.
Gambar sebelah tu, ketika menyemak kesilapan-kesilapan yang terdapat dalam WAJAH SEIRAS CINTA. Ni dalam perjalanan pulang ke Brunei. Nampak tak biskut beruang tu? Membaca untuk cari KESILAPAN dengan membaca untuk menikmati JALAN CERITA sesebuah novel, tak sama tahu. Ia adalah kerja membosankan, menyakitkan mata yang terpaksa dilalui oleh seorang PENULIS.
Namun, atas KEYAKINAN DIRI dan kepercayaan atas kebolehan diri sendiri serta keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH, rezeki itu ALLAH yang memberi bukan manusia, akhirnya, berkat solat hajat dan solat Duha yang sentiasa jadi amalanku setiap hari insyaAllah, maka, projek penulisan pun berterusan hingga KINI.
Alhamdulillah! Moga-moga, apapun masalah yang aku hadapi, projek penulisan tetap terus masuk dan masuk, ke tahaf hingga mampu menjana sumber kewangan MENDIRI bagi diriku. InsyaAllah!
Gambar sebelah ni, bukan cuma hiasan. Ia adalah taman air dalam rumah aku yang banyaknya, apa yang ada dalam rumah aku ni, adalah dibina dari jerih payah bidang PENULISAN.
Justeru, BERANILAH UNTUK MAJU, WALAUPUN TERPAKSA MEREDAH KUTUKAN, KERANA SUATU KETIKA NANTI, ANDA AKAN TERKEJUT, NASIB BAIK BENAR-BENAR MEMBAWA ANDA KE SUATU DIMENSI KEJAYAAN YANG TAK PERNAH ANDA BAYANGKAN!