CATATAN 5 - MACAM-MACAM BAH!
DENGAN nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang ...Syukur setelah sekian lama, baru saya punya masa untuk membuat catatan baharu. Kerja penulisan yang banyak, membuat saya terpaksa menunda-nunda untuk mencatat di blog ini. Sungguh banyak hal hendak dicatat. Antara negatif dengan positif. Dan saya tetap memilih menulis yang positif ... 
Rasulullah s.a.w bersabda (riwayat Muslim), "Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam, maka dia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas dia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka.  Dan, siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam, maka dia akan mendapat dosa  dan dosa orang yang beramal dengannya selepas dia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka."  
Pada 26hb Januari 2012, saya berangkat ke Shah Alam untuk menghadiri Festival Penulis Karangkraf, iaitu, syarikat penerbitan di mana saya bernaung ketika ini dan insyaALLAH seterusnya ... Apa-apa pun, beg berwarna putih berbungkus-bungkus dalam gambar tu, pastinya bukan beg saya ... Saya orang sederhana saja. Tak bawa barang sekampung untuk menghadiri festival penulis ni ...








Sekitar 12pm ++, saya pun sampai. Lalu menaiki teksi budget (Mesra Indah Jaya LCCT Sepang). Tau berapa budgetnya? RM64.20. Huh, bagi saya itu masih mahal. Pasal kalau naik kereta sendiri dari Bandar Seri Begawan ke Belait dan pulang balik cuma BND10.00 aje. Maklumlah, kita kan dah terbiasa hidup dalam masyarakat subsidi.  Bila kita berada di negara orang, baru kita tahu hendak menghargai jasa kerajaan ... Lepas tu tak lama kemudian, saya pun sampai D'impian Inn di Jalan Pahat H Komplek Otomobil Seksyen 15 Shah Alam. Budget hotel RM240.00 je sampai 30hb Januari 2012. Tu yang betul-betul budget tu ...


ESOKNYA, pada 27hb Januari 2012, saya dihantar oleh pengurus D'impian Inn ke Karangkraf kompleks.  Tidak berapa jauh pun. Kalau pakai kereta. Dalam perjalanan, sempat lagi beliau cerita pasal perniagaan bumiputra di Shah Alam. Serta, pengalaman ringkas beliau menghadiri majlis perkahwinan sahabat beliau (orang ternama) di Brunei. Saya cakap, saya tidak pernah dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan orang ternama. Tuan jauh-jauh kena jemput pula. Bertuah tuan. Saya cuma orang biasa. Tidak ada orang ternama kenal saya pun. 


Gambar di sebelah ni ialah bangunan lama KARANGKRAF. Di mana dekat bangunan ni juga dibangunkan bangunan baharunya. Saya mula-mula tahu Alaf 21 pada tahun 2002 kalau tak silap lewat novel Alesya Sofia. Alaf 21 ni adalah anak syarikat kepada KARANGKRAF. Produk Alaf 21 ialah novel-novel kreatif berbagai genre. Saya juga terhutang ilmu pada salah seorang teman sewaktu saya bertugas di international school dahulu. Kawan saya ni orang British.  Sekarang kalau tak silap telah mengajar di international school di Dubai.  Waktu kami sama-sama duty di international school, kami saling bercerita pasal macam-macam hal.  Saya beritahu beliau, saya bercita-cita nak jadi penulis. Tanya beliau, dah ada syarikat penerbitan ke? Jawab saya, saya nak cetak sendiri. Respons beliau, sebagusnya pakai penerbit. Selalunya, penulis-penulis yang hebat di dunia, mereka tak bergerak sendiri. Cari laman-laman web dalam internet yang boleh publish tulisan anda ... Hingga ke hari dan noktah ini, saya masih mengenang-genang jasa beliau itu.  Orang yang layak dijadikan kawan itu ialah yang menyuntik ilham positif ... Jauh daripada tu, lupakan saja!

Saya sampai di Karangkraf sebelum pukul 9 pagi. Bersemangat katakan. Saya jauh dari Brunei. Mestilah bersemangat. Duit saya sudah berapa banyak keluar untuk melunaskan perjalanan ini. Mula-mula, satu muka orang pun saya tidak kenal. Saya betul-betul rasa asing di negara orang. Perasaan saya sajalah. Tapi kenyataannya tidak.


 Lalu saya nampak tempat berurut ni. Iaitu, booth OKU hilang penglihatan. Semua orang hilang penglihatan ni. Cuma ada seorang budak yang bantu mereka agih-agihkan kopon dsbnya. Tu kaki saya tu. Nak berurut kaedah refleksologi. Nampak tak sebelah depan tu? Masih lengang, kan! Pasal masih awal. Yang saya tabik mereka ni, mereka bergurau senda sesama sendiri. Tak ada kerisauan di riak wajah mereka. Dan saya pun tak lepaskan peluang bersenda gurau dan menyakat. Huh, siok. Komunikasi betul-betul pecah ais. Saya sempat tanya, saya pernah terbaca satu artikal mengenai pengalaman mimpi OKU hilang penglihatan ni. Dan mereka mengiakan yang mimpi mereka cuma dalam bentuk bayang-bayang dan suara sahaja. Very interesting! Hebatnya ALLAH.




Gambar sebelah ni pukul 10 pagi di hari yang sama. Sesi sembang buku bertajuk:-
THRILLER CARAS JIWANG...MAMPU?
Moderator: Mohd. Ali Mohd. Noor (Editor Kanan Buku Prima)
Panel Jemputan:-
1) Ramlee Awang Murshid (Novelis)
2) Zaifuzaman Ahmad (Novelis)
3) Ibrahim Johari (Pengurus Jualan GBK)







Sewaktu sesi di atas, saya bertemu dengan rakan penulis Karangkraf dari Kedah. Dia ni senior saya. Dah terbit tiga buah novel. Lalu, kami pun tinggal sama-sama hingga ke 30hb. Dialek Kedah dia kuat sangat ooo ... Tak ada masalah saya nak faham. Dialek Kedah senang sikit dari Terangganu dan Kelantan. Nahai kang! Tu aje yang saya ingat. Hehehe ... 




Di hari yang sama pukul 3 petang kami menghadiri sesi sembang buku:-
'6 Kaki Dalam Tanah. Bersediakah Kita?'
Moderator: Mohd. Yaakob Mohd. Yunos (Penulis)
Panel Jemputan:-
1) Prof. Madya Rasid Muhamad (Pensyarah UiTM Jengka)
2) Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pendakwah Bebas)
3) Dr. Robiah K. Hamzah (Pakar Motivasi)



Hari kedua sesi sembang buku pukul 10 pagi:-
'Nak @ Hendak: Laras Bahasa'
Moderator: Liza Ali (Editor Pengurusan Majalah Karangkraf)
Panel Jemputan:-
1) Wardah Munirah (Pensyarah ASWARA)
2) Rozminah Abd. Aziz (Editor DBP)





Gambar sebelah ni, saya ambil sewaktu rehat-rehat menunggu sesi sembang buku sebelah petang.  Kalau nak balik hotel, mustahil! Di Shah Alam ni bukan macam Brunei. Macet boleh tahan juga ni. Kenapa gambar ni? Selain dari minat. Juga, pasal kejayaan cuma cetusan idea dari seorang individu. Akhirnya, yang glamour ... budak dua orang ni lah (yang di tengah tu tak ada kena-mengena ya. Tu kes tergambar). Sama juga bidang penulisan. Bila penulisan terangkat ke tahaf drama berepisod-episod atau ke tahaf filem, tenggelamlah nama penulis. Yang orang ingat Aron Aziz le ... Ya ke? 


Rakan saya sanggup berasak-asak pergi cari novel. Saya pobia kalau berasak-asak ni. Saya datang dari negara kecil. Dah biasa tak berasak-asak. Kalau berasak-asak tu, macam-macamlah datang dalam pemikiran saya ... Tu le saya pergi buat kerja sendiri. Salah satunya, mengambar ni le ... Huh, tak terfikir batu sebesar ni boleh dicat jadi kumbang bintik. Gambar dipetik di luar booth LAMAN IMPIANA di Festival Penulis Karangkraf , Shah Alam. Aku tak tahu samada lebih 100,000 orang yang mengunjungi festival ni, perasan tak dengan kewujudan kumbang bintik ni ... yang kaki berselipar tu tak ada kena-mengena. Cuma kes tergambar ...

Ini lagi satu sesi sembang buku yang paling saya suka.  Kerja penulisan saya bermula dari cerpen langsung ke penulisan skrip program. Kemudian drama. Saya cinta drama. Tapi saya tak suka hidup saya penuh dengan drama.  Saya suka biasa-biasa aje ... Saya sangat respek pengarah drama.  Kerana bukan senang nak mengarah ni. Saya pun pernah jadi penerbit.  Tak pernah saya rasa senang perkerjaan itu.  Macam-macam hal kena fikir ...  Sesi ini berlangsung pukul 2.30 petang hari yang sama:-
'Karya Adaptasi: Siapa Tumpang Glamor?'
Moderator: Saadiah Mohamad (Editor Pengurusan Alaf 21)
Panel Jemputan:-
1) Damya Hanna (Novelis)
2) Zabidi Mohamed (Penulis Skrip)
3) Heykal Hanifah (Pengarah Drama)



Hari ketiga sesi sembang buku pukul 10.00 pagi ... Dalam sesi ini saya paling suka bila Tuan Eyman Hykal menjawab pertanyaan salah seorang hadirin ... jawapan tu masih dalam sel-sel otak saya dan tak terkeluar lewat tulisan.  Itulah masalahnya bila tak buat catatan:-


'Lelaki + Novel = Romantik?'
Moderator:  DJ Mansor (Juruhebah Radio Web Selangor)
Panel Jemputan:-
1) Eyman Hykal (Novelis)
2) Ahadiat Akashah (Novelis)
3) Sri Diah (Pengurus Besar Penerbitan GBK / Novelis)




Ini sesi sembang buku yang penghabisan 2.30 petang:-
'Selebriti Menulis? Hmm ...'
Moderator:  Ahmad Fedtri Yahya
Penal Jemputan:-
1) Norzailina Nordin (Chef Selebriti)
2) Dato' Fazley Yaakob (Artis / Motivator)
3) Meen Fahrin (Editor Media Hiburan)
Ringkasnya, menghadiri Sesi Sembang buku di Festival Penulis Karangkraf itu sangat berbaloi-baloi.  Mereka sangat profesional, berpengetahuan dan berpengalaman.  Apakah negara kita masih jauh tertinggal dari mereka dalam penerbitan bahan-bahan bacaan? Dan lagi, menjual buku ini bukan cuma diletak di rak-rak dan berharap 'untung sabut timbul untung batu tenggelam'.  Dan andai itu terjadi, industri buku tempatan kita akan tidak ke mana-mana.  Serta fungsi DBP akan terpuruk dalam misi dan visi yang amat jelas cuma di atas kertas bertinta dan di laman-laman web rasmi.

Ini di LCCT. Menunggu untuk penerbangan pulang ke Brunei Darussalam selepas menghadiri Sesi Sembang Buku di Festival Penulis Karangkraf, Shah Alam. Ini salah satu dari 5 buah skrip tempatan yang perlu disiapkan. Tu baru skrip tempatan. Belum lagi cakap pasal novel kreatif, dsbnya. Sebelah kiri atas lap top tu, gambar 'Mei Mei' watak budak Cina dalam katun Upin & Ipin. Hehehe ... saja ... Hidup jadi bosan kalau asyik nak menulis saja, kan! Mau juga kita nak tahu mengenai watak yang ditulis oleh orang lain.

Bangsa yang lahir dalam negara yang tidak pernah dijajah, bukanlah dasar kepada diri mereka menjadi manusia hebat dari segi ilmu dan kepakaran, andai dibandingkan dengan bangsa-bangsa yang negaranya pernah dijajah.  Sebab itu, salah satu wawasan negara 2035 ialah untuk melahirkan bangsa yang berilmu pengetahuan dan berkepakaran, yang berfikir dan bertindak mengunakan ilmu pengetahuan.  Kerana yang memintarkan sesuatu bangsa itu cuma ilmunya.  Harta warisan berbillion-billion pun andai tidak dirancang pelaburannya secara berpemikiran, merundum juga jadi bankrupsi.


Keterlibatan saya dalam menulis skrip sejarah Brunei tua untuk radio nasional bertajuk RISTAAN DARUSSALAM yang di udarakan setiap hari dalam masa lebih setahun itu, bukan saja besar impaknya ke atas diri saya, malah pada ramai pendengar. Bangsa yang belajar dari sejarah negaranya adalah bangsa yang hebat. Begitu juga, amat senang untuk membunuh jati diri bangsa iaitu bunuh saja ingatan mereka terhadap sejarah negaranya sendiri. Atau, putar belit plot sejarah itu supaya ia nampak lebih bias kepada merendah-rendahkan bangsa tersebut.

Gambar sebelah ni, diambil oleh seorang sahabat lama. Katanya, 'kau ani terlampau menulis saja. Baik tah jalan-jalan ke bandar. Meliat-liat dan memerhati.' Lalu, dia bawa saya ke Bandar Seri Begawan sebelum waktu Duha lagi, selepas bermalam di Center Point Hotel. Tu le view kota Brunei tua (sekarang ni Kampung Air) yang mendapat jolokan Venice of the East oleh Antonio Pigaffeta di kurun ke 14 (kalau saya tak silap) dalam permulaan tahun masihi 2012. Bayangkan, sebuah kota tua di Alam Melayu yang mempunyai warisan sejarahnya yang panjang seiring Palembang, Taruma Negara, Perlak, Pasai, Melaka, Demak dan Acheh; sekarang masih wujud dalam kemajuan zaman, bagi tatapan bangsa.


Saya perhatikan individu bangsa yang tidak pergi sekolah kerana kemiskinan dan kedaifan hidup, namun mampu mencari sumber rezeki dengan menjadi buruh binaan. Apa jadi pada individu bangsa yang hidup dalam negara yang aman lagi semua persekolahan ditanggung kerajaan, hingga makan masuk ke mulut pun disuap kerajaan, malah mereka memilih menjadi individu bangsa yang merajakan pengangguran? Ironinya, ada juga individu bangsa yang memilih untuk jadi pemusnah hak bangsanya sendiri dengan mencuri, rasuah dan menipu. Sampai bila kita hendak bergantung pada pihak kerajaan untuk menyediakan sumber-sumber pekerjaan? Setakad ini kalau kita amat-amati, sumber ekonomi negara masih bergantung pada minyak dan gas. Sedangkan, sumber alam tersebut pandai habis.  Walaupun banyak juga langkah-langkah kerajaan telah diambil dalam mempelbagaikan sumber ekonomi negara.

Ini bangunan jamban dan ruang ligar yang siap awal tahun 2012 (sederhana sahaja).  Saya rancang projek ini dari hasil menulis skrip tahun lepas. Salah seorang dari buruh ni telah membangunkan extension rumah saya sejak tahun 2000 lagi. Beliau sekarang dah punya sebuah mini mart, sebuah kereta Toyota brand new dan dua buah rumah yang kedua-duanya dua tingkat iaitu sebuah untuk anaknya yang sulung. Manakala, sebuah untuk anaknya yang kedua. Beliau cerita pada saya, anaknya yang seorang tu nak jadi pramugari pun kena bayar anggaran BND3000 pada agensi yang merekrut itu. Boleh tak orang makan gaji mengadakan aset macam yang beliau adakan tanpa berhutang? 


Saya tak pergi ke pesta buku ni atas hal-hal yang tidak dapat dielakkan.  Telah merancang hotel, tiket & keperluan lain.  Nak berkampung di sana sepanjang pesta.  Namun, yang menentukan berjaya atau tidaknya sesebuah perancangan itu cuma Allah s.w.t.  Bagaimana hebat sekalipun perancangan seseorang itu, selagi Allah tidak menghendakinya untuk terlaksana, ia tetap tidak akan terlaksana.  Kekuasaan Allah itu bila IA mengkehendaki, cukup bagiNYA cuma mengatakan 'Jadilah!' Lalu ia pun menjadi.

Manusia hebat ialah yang tidak gentar dengan apa-apa pun dakyah negatif yang dilontarkan ke atas dirinya. Begitu juga, saya tidak takut dengan fitnah murahan yang dijaja oleh seseorang yang bersembunyi di sebalik beberapa nama. Dia fitnah nama saya di laman sesawang yang jual 'baju kemban tali dua' itu & peminat-peminat novel saya INBOX:  'Kenapa dia mula-mula gunakan laman itu untuk memfitnah saya? kenapa tak laman lain? Jangan-jangan, dia sendiri yang punya kerja.'.  Beliau hentam fan page saya, kerjakan facebook saya, sentimenkan dan eksploitasikan blog saya, menjaja fitnah murahan itu lagi di  laman alaf 21 yang ahlinya mahu mencecah juga 100,000 orang.

Kenapa saya masih juga memilih untuk berlapis bahasa dalam menangani isu ini (walaupun hal ini telah saya lapurkan, telah disiasat, dan telah menerima nasihat guaman). Kenapa? Sedang, saya boleh hebohkan nama beliau di sini kalau saya mahu memilih tindakan RETALIASI. Tapi, kenapa saya tidak melakukannya juga?

Jauh-jauh saya ke Festival Penulis Karangkraf Shah Alam untuk gambar ular ini. Kenapa saya gambar ular ni? Sebab, booth lain penuh dengan pengunjung. Booth ular ini sahaja yang tak berapa penuh.  Bayangkan lebih 100,000 orang pengunjung di Festival Penulis Karangkraf. Tak banyak apa tu! Tu pasal saya ambil kesempatan mengambar ular ni.  Rehatkan kaki le terus.
Kenapa saya masih memilih untuk berlapis bahasa? Sebab pertama, saya arahkan minda saya supaya mengawal keadaan dengan bersikap rasional (beriman).  Kalau saya hendak memilih serang-menyerang, bagus saya lakukan tahun 2000 dahulu, ketika saya dituduh membuat kakak saya jadi 'gila'. Individu yang solat dan membantu ibu tua dan ahli keluarganya yang sakit bukan kerana minta puji-pujian dari sanak-saudara itu, kualiti akhlaknya amat berbeza dari individu sebaliknya.


Sebab kedua, saya tidak mahu menjatuhkan maruah diri beliau yang belum ada sebarang pencapaian dalam hidup. Lalu merosakkan peluang beliau untuk mendapatkan sebarang pekerjaan kelak.  Walaupun orang seperti beliau tidak akan berjaya ke mana-mana pun dalam hidup kerana beliau mengamalkan sikap 'lontar batu sembunyi tangan'.  Kunci kejayaan ialah berani & jujur.  Orang jujur, tidak perlu bersembunyi di sebalik beberapa nama. Ibu saya sekitar tahun 2000 pernah pesan, supaya jangan terlampau merapati kerana bila orang itu berani menuduh orang yang berbakti terhadap ahli keluarganya yang sakit, tentu dia akan berani lebih dari itu.  Ternyata, pesanan ibu saya amat benar.


Lewat pengalaman hidup saya berwira usaha, hendak mendapat kejayaan standard 'raban ayam' waima projek standard 'baja tahi ayam' pun sukar.  Saya tahu, betapa sukarnya untuk menjadi manusia yang berpencapaian dan berpenghasilan.  Yalah ... kalau makan gaji, senanglah kan. Tidak lulus-lulus pun anak orang di sekolah, dapat juga bonus dapat juga gaji.  Tidak selesai-selesai pun masalah kaki-tangan bertahun-tahun macam kes kakak saya ini (sudah 6 tahun tidak selesai-selesai. Hutang siapa hendak bayar? Lalu menagih-nagih belas kesianlah saya di pejabat baitulmal, bank Islam dan pejabat soliciter dengan harapan supaya kakak saya tidak disaman. Lalu menulis surat ke pihak sana dan sinilah saya supaya kes kakak saya ini tidak dipandang sebagai kes disiplin dan menilai beliau dari perspektif pakar kejiwaan); dapat juga mereka gaji dengan bonus, kan.  Tidak maju-maju pun jabatan, dapat juga gaji dan bonus, kan.  Penerbit hasilkan program sampah dengan penerbit yang hasilkan program berkualiti, sama-sama dapat gaji dan bonus juga, kan.  Jadi, apa gunanya bermotivasi diri?


Pendapat saya, seseorang yang berani memfitnah dengan memburuk-burukan nama orang yang telah banyak menyumbang jasa dalam institusi kekeluargaan; dengan caranya yang tidak hak; juga akan berani membunuh, menyihir, atau/dan memutar belit fakta untuk kepentingan dirinya sendiri. Orang sebegitu sangat bahaya untuk sebarang organisasi. Samada, organisasi pekerjaan atau organisasi bukan pekerjaan. Samada, organisasi milik kerajaan atau organisasi bukan milik kerajaan.


Ini nasihat saya, dalam institusi kekeluargaan, bila seorang adik menjaga kakaknya yang sakit, jangan sebahagian ahli 'overshadow' sementelah si sakit ini ada duit, lalu si adik yang menjaga di belakangi dan dituduh membuat jadi gila. Lalu orang sakit disuruh meloan & membangun rumah.  Bila masalah jadi kes, duit sudah kering, lalu yang dulu cakap akan bertanggungjawab jadi 'sembunyi tangan' & beralasan punya keluarga hendak dijaga. Lalu ahli yang sakit dibiar menyelesaikan masalahnya sendiri.  Bukankah itu penginiayaan namanya? Saya tidak hormat sama sekali dengan ahli keluarga sebegini! 


Sebab, saya tidak memandang duit sebagai alasan untuk memeduli ahli keluarga yang sakit.  Saya tidak meletakkan charge bil air & bil letrik untuk beliau menumpang di rumah saya. Saya tidak men-charge beliau bil petrol bagi menguruskan semua masalah-masalah beliau. Walaupun saya cuma seorang penulis bebas yang duit masuk ikut projek & tidak ada gaji bulanan. Saya menghantar kakak & ibu saya ke tanah suci dalam penerbangan business class dengan hasil titik peluh diri saya sendiri.  Saya tidak mengamalkan kaedah 'short cut' dalam menjaga ibu tua yang sakit (seperti bila sakit hantar ke bomoh lalu seumur hidup harapkan puji-pujian).  Saya bekas jururawat & faham mengenai penyakit & saya tidak mengunakan kaedah 'short cut' untuk memastikan ibu tua saya sihat. 


Justeru itu, fitnah yang mengatakan saya tidak memeduli keluarga itu hanyalah api yang bakal menunggu si pemitnah di liang lahadnya nanti.  Insya-ALLAH! Bila ditanya si pemitnah itu, 'Berapakali kau melawat nenekmu yang ku jaga ni eh?' Bukan setahun sekalikah? Hari raya aidil fitri sahaja. Itu pun tak sampai 2 jam. Macam mana kau tahu aku tak peduli keluarga ni ah? Kalau kau kan berjual baju berkemban tali dua, jual saja. Jangan jual sekali dengan fitnah. Aku tak redha dengan cara kurang ajar kau itu, susah hidup kau nanti dunia akhirat! 

Akhirnya, suka saya umumkan, satu lagi karya triller kreatif saya dalam novelet JIWA KACAU - Antologi 'Cinta Berdarah' akan bertemu anda bersama empat lagi penulis-penulis terhebat Karangkraf lainnya minggu hadapan (sekitar minggu ke 2 bulan Jun ... eh, birthday saya tuuu ...), insyaAllah!  Beli ye, jangan tak beli.  Bila anda kedekut untuk melaburkan wang anda pada ilmu, suatu hari nanti anda sendiri akan merasa betapa hidup anda sama sahaja seperti mula-mula anda merasakan persamaan itu.  


Saya sudahi CATATAN kali ini dengan sebuah puisi yang sengaja tidak bertajuk.  Atau mungkin kerana akal saya ini terlalu lemah untuk memikirkan tajuknya:-


Institusi kekeluargaan ...
Di manakah hatimu tika salah seorang ahlimu dalam kesusahan?
Apakah kau cuma akan hadir bila ahlimu mati?
Apakah kau meletakkan ahlimu senilai materi?
Apakah pujian saudara yang kau cari?
Atau, tanggungjawab sesama yang kau julang tinggi?
Kenapa kau pentingkan darjat dan mertabatmu?
Sedang ada ahlimu bakal diistiharkan bankrut akibat usaha dan pemikiranmu,
Lalu mana kau fikir letak darjat dan mertabat dirinya sebagai manusia?
Tika kau merasa bangga memiliki apa yang sesetengah ahlimu tiada memiliki,
Lalu kenapa kau berani bermain watak yang cuma layak untuk zat TUHAN?
Pernahkah kau mendengar di mana kesudahan firaun?
Lalu kenapa kau menjadi fasik?


SEKIAN.  Wabilah hitaufik walhidayah. Assalamualaikum warahmatulla hitaala wabarakatuh.




 

Copyright © 2010 • Salina Salleh Novelis • Design by Dzignine